Tekad julang Los Angeles FC ke tahap lebih tinggi

Chiellini
Chiellini
A
A
A

LEGENDA Itali, Giorgio Chiellini percaya pengalamannya mampu menjadi aset terbaik bagi memacu kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS), Los Angeles FC mencipta kejayaan.

Malah, Chiellini berkata, dia boleh memberikan banyak sumbangan kepada barisan pemain muda Los Angeles FC dalam usaha menjadikan kelab itu lebih berdaya saing di pentas utama liga bola sepak Amerika Syarikat.

“Ya, tidak dinafikan akan wujud beberapa perbezaan kerana ia (MLS) adalah liga yang berbeza daripada Serie A. Namun, sudah tentu setiap pasukan mempunyai gaya tersendiri.

“Amat mustahil untuk saya memiliki ciri-ciri fizikal sama dan mampu beraksi seperti 10 tahun lalu tetapi saya boleh membawa sesuatu yang baharu kepada kelab ini.

“Kami perlu mencipta gabungan pengalaman dan juga semangat yang baik untuk menjadi kumpulan pemenang. Pasukan ini sesuai untuk saya kerana dibarisi oleh pemain-pemain muda,” kata pemain berusia 37 tahun itu.

Selepas 18 tahun, Chiellini akhirnya meninggalkan Juventus pada penghujung musim lalu yang menyaksikan dia memenangi sembilan kejuaraan Serie A dan empat Piala Itali serta dua kali mara ke final Liga Juara-Juara.

Pertahanan kental itu juga mengumumkan bersara dari bola sepak antarabangsa pada awal bulan lalu selepas melakukan penampilan sebanyak 117 kali untuk negaranya dan memenangi Euro 2020 musim panas lalu.

Artikel Berkaitan: