Warga emas rentung, kedai keranda terbakar

Anggota bomba dan polis mengusung mayat mangsa.
Anggota bomba dan polis mengusung mayat mangsa.
A
A
A

MELAKA - Seorang warga emas rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah premis menjual keranda di Jalan Bunga Raya di sini, jam 5.45 pagi Rabu.

Mayat Loh Yock Sit, 77, ditemui dalam bilik air di tingkat dua rumah kedai berkenaan.

Pasukan bomba memadamkan kebakaran di bangunan kedai dua tingkat Jalan Bunga Raya di sini, pada Rabu.
Pasukan bomba memadamkan kebakaran di bangunan kedai dua tingkat Jalan Bunga Raya di sini, pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Timbalan Penguasa II Yazid Mohd. Tahir berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 5.49 pagi sebelum empat jentera bomba dikerah ke lokasi bersama 26 anggota.

"Warga emas yang bekerja di premis terbabit dipercayai terperangkap di dalam bilik air ketika api marak.

"Kebakaran berjaya dikawal jam 6.05 pagi. Mayat mangsa diserahkan kepada polis.

"Punca punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan forensik," katanya.