Pejalan kaki maut dirempuh MPV

Pejalan kaki maut dirempuh sebuah MPV di Kampung Dendang, Ketereh, Kota Bharu pada Selasa.
Pejalan kaki maut dirempuh sebuah MPV di Kampung Dendang, Ketereh, Kota Bharu pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Pejalan kaki maut dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kampung Dendang, Ketereh di sini, kira-kira jam 12.40 tengah hari pada Selasa.

Dalam kejadian itu, mangsa, Che Hashiam Hassan, 46, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Kominisoner Mohd Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati, MPV jenis Honda Stream dinaiki dua lelaki dari arah Kok Lanas menghala ke Ketereh

"Setibanya di Kampung Dendang MPV dipandu lelaki berusia 19 tahun itu dipercayai hilang kawalan selepas dipandu laju.

"MPV tersebut kemudian terbabas ke kiri jalan dan melanggar mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa melambung dan terjatuh di atas laluan utama menghala ke Ketereh.

Mohd Rosdi berkata, MPV tersebut kemudian terlanggar bahagian hadapan sebelah kanan treler yang datang dari Ketereh menghala ke arah Kok Lanas.

"Akibtanya MPV itu tercampak dan tersadai di bahu kiri jalan arah ke Ketereh.

"Pemandu dan penumpang MPV itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41( (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.