Anak hampir diculik, polis minta Lufya buat laporan

PETALING JAYA - Polis masih tidak menerima laporan daripada pelakon, Lufya Omar berhubung percubaan menculik anaknya yang didakwa terjadi di sebuah padang permainan di Kota Damansara di sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid sehubungan itu menasihatkan mangsa tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan dibuat.
"Setakat ini kita masih belum menerima laporan sebagaimana dakwaan tersebut.
"Kami nasihatkan mangsa supaya segera tampil untuk membuat laporan polis agar siasatan lanjut dapat dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Lufya menerusi satu hantaran Instagram miliknya pada Selasa mendakwa dirinya cedera akibat dipukul di bahagian kepala dan badan menggunakan kayu oleh seorang lelaki tempatan sekitar jam 4 petang.
Katanya, walaupun mengalami kecederaan akibat serangan tersebut, Lufya berjaya melawan dan menyelamatkan dirinya serta anak perempuannya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Bagasi mencurigakan ditemui dekat KLCC
14 November 2026 12:30amPergerakan Najib hampir lapan jam patuhi SOP tahanan rumah - Jabatan Penjara
14 November 2026 12:28amCalon SPM dakwa ditampar, dicubit guru berulang kali
14 November 2026 12:25amIbu maut dipercayai dijerut anak sendiri
14 November 2026 12:13amMayat wanita terapung tanpa pakaian ada kesan cedera di muka, alat sulit
13 November 2026 05:04pmBekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi meninggal dunia
13 November 2026 09:39pmUMNO beri empat pilihan kepada DAP, termasuk bubar Parlimen - Azalina
13 November 2026 04:01pmPesara guru didakwa amang seksual tujuh pelajar di bilik khas, kantin sekolah
13 November 2026 02:00pm- Iklan -- Iklan -
