The Royal Press

No Image Caption
A
A
A
Pemandu pelancong Muzium The Royal Press Muhammad Al-Amin Mohd Fadeli memperkemaskan susunan blok huruf cetakan di sebuah bilik kompos ketika tinjauan di galeri The Royal Press dekat Jalan Hang Jebat, baru-baru ini.

The Royal Press mungkin tidak membawa apa-apa maksud kepada generasi muda hari ini, namun syarikat itu sebenarnya banyak berjasa dalam menyediakan khidmat pencetakan ‘letterpress’ seawal tahun 1900 di negeri ini.

‘Letterpress’ merujuk kepada teknik mencetak yang menggunakan blok karakter yang disusun dan disapu cat pada permukaannya, seterusnya ditekap pada kertas.

Kini dikenali sebagai Muzium The Royal Press yang terletak di No 29, Jalan Hang Jebat (berhampiran pasar malam Jonker Street), di sini, apa yang lebih membanggakan ia adalah antara Muzium Percetakan Letterpress Polyglot (pelbagai bahasa) yang tertua di dunia dan satu-satunya yang ada di Malaysia. - Foto Bernama.