[VIDEO] Empat maut, ruang utama saksikan laga lembu runtuh

BOGOTA - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 30 lagi cedera parah pada Ahad apabila ruang utama di gelanggang lembu jantan di pusat bandar El Espinal, Colombia runtuh semasa acara popular itu berlangsung.
"Terdapat empat orang mati pada masa ini (iaitu) dua wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak," kata gabenor Tolima, Jose Ricardo Orozco kepada stesen radio tempatan selepas kejadian itu berlaku.
Satu bahagian ruang utama tersebut yang diperbuat daripada kayu yang dipenuhi penonton runtuh menyebabkan berpuluh-puluh orang ke jatuh ke tanah, menurut imej yang disiarkan di media sosial.
Satu lagi video yang diambil oleh seseorang di tempat kejadian menunjukkan orang ramai cuba melarikan diri sementara seekor lembu jantan terus berkeliaran di arena laga haiwan tersebut.
"Terdapat kira-kira 30 orang cedera parah... itu laporan awal," kata Orozco sambil menyatakan bahawa kakitangan kecemasan masih memindahkan mangsa-mangsa yang cedera ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Pegawai pertahanan awam tempatan, Luis Fernando Velez berkata, pihaknya tidak mengetahui tentang jumlah mangsa yang masih tertimbus di sebalik runtuhan.
Presiden Colombia, Ivan Duque meminta siasatan dilakukan berhubung kejadian itu. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Indonesia dakwa Singapura jual semula gas
30 Oktober 2026 02:28pmNetanyahu gagal raih majoriti, parti Arab jadi penentu kuasa Israel
30 Oktober 2026 01:10pmKerusi melayang, MP Armenia bertumbuk dalam dewan
30 Oktober 2026 11:18amLelaki maut selepas kereta dihanyutkan arus banjir
29 Oktober 2026 10:36pmRemaja 17 tahun, kekasih dicekup separuh bogel dalam kereta
30 Oktober 2026 12:56pmIbu, ayah dan adik maut ditetak: 'Saya akan terbayang tragedi itu jika blackout'
29 Oktober 2026 08:07pmWanita maut selepas ikut nasihat ChatGPT ubah dos ubat
30 Oktober 2026 08:40am
