550 pelajar B40 terima bantuan persekolahan YBR

Mohd Shahrizal (tengah) bersama sebahagian penerima bantuan persekolahan daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) di Dungun.
Mohd Shahrizal (tengah) bersama sebahagian penerima bantuan persekolahan daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) di Dungun.
A
A
A

KUALA NERUS - Seramai 550 pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan atau B40 di tiga daerah iaitu Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman menerima bantuan persekolahan dari Yayasan Bank Rakyat (YBR).

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Mohd Shahrizal Sahri berkata, bantuan tunai sebanyak RM100 seorang kepada pelajar sekolah rendah dan menengah itu melibatkan peruntukan berjumlah RM550,000.

Menurut beliau, sumbangan itu diharapkan dapat membantu meringan urusan kewangan mereka dalam kalangan keluarga B40 untuk menyediakan kelengkapan persekolahan.

“YBR turut cakna dengan situasi masyarakat yang terkesan akibat gelombang Covid-19 yang melanda sejak dua tahun ini dan keadaan ekonomi tidak menentu.

“Harapan kami, bantuan persekolahan dalam bentuk wang tunai ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa atau penjaga menanggung sesi persekolahan yang dijalankan semasa fasa peralihan endemik.

“Ia juga diharapkan dapat memberi suntikan semangat kepada anak-anak untuk terus menuntut ilmu serta sebagai tanda ikhlas YBR dalam membantu mereka memerlukan dalam meneruskan kehidupan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Turut hadir dalam majlis penyampaian tersebut adalah Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Sebagai rekod, sejak dilaksanakan pada tahun 2018, seramai 60,558 murid telah menerima manfaat melalui program bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM6.72 juta.

YBR turut memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi menjayakan program bantuan ini pada tahun ini.