Sila log masuk terlebih dahulu.

Kelantan FC bawa masuk dua import baharu

No Image Caption
A
A
A

KELANTAN FC mengambil dua pemain import baharu bagi memperkuat pasukan itu pada jendela perpindahan kedua saingan Liga Premier musim ini.

Kelantan FC dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, dua pemain itu adalah pemain tengah Felipe Hereda, 28, dari Brazil dan pemain sayap Kenta Hara, 26, dari Jepun dan masing-masing telah menandatangani kontrak bersama pasukan semalam.

"Felipe Hereda pernah beraksi bersama tiga kelab di Brazil iaitu Santo Andre FC, Foz Do Iguacu FC dan Club Sportivo Sergipe (SE) sebelum berhijrah ke Bahrain bersama kelab East Riffa dan Budaiya Club.

"Kenta Hara pula yang memiliki kebolehan (bermain) di bahagian sayap kiri dan kanan, mempunyai pengalaman beraksi di beberapa kelab seperti FK Alfa Modrica di Bosnia-Herzegovina, Port Kembla FC di Australia dan SC Kapellen-Erft di Jerman," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Kelantan FC turut membawa masuk pemain tengah Shafiq Al-Hafiz Dawawi, 25, yang mempunyai pengalaman empat tahun beraksi dalam saingan Liga Super bersama UiTM FC dan Penang FC.

Pasukan itu kini mengungguli tangga Liga Premier selepas mengumpul 22 mata hasil daripada tujuh kemenangan, satu seri dan satu kekalahan. - Bernama

Artikel Berkaitan: