Mangsa kemalangan teruskan majlis perkahwinan

Teruskan nikah walaupun guna streatcher

Majlis Pernikahan Farah Amirah Sarifuddin yang terlibat dalam kemalangan Sabtu lalu.
Majlis Pernikahan Farah Amirah Sarifuddin yang terlibat dalam kemalangan Sabtu lalu.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - "Dalam tempoh seminggu, 'mimpi ngeri' itu bertukar menjadi kenangan yang tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila," Demikian luahan Farah Amirah Sarifuddin, 24, mangsa kemalangan di Persiaran Selangor arah Bulatan Kemajuan ke Bulatan Selangor, Seksyen 15, Shah Alam Sabtu lalu.

Walaupun terpaksa melangsungkan pernikahan di atas "stretcher", dia tetap ceria kerana dapat memenuhi hasrat keluarga.

Farah Amirah, yang dimasukkan wad di Hospital Pantai Klang dibenarkan pulang hari ini untuk meneruskan majlis pernikahan bersama pasangannya, Muhammad Faiz Aqwa Abdu Halim di Kampung Hamid Tuah, Telok Gong, Pelabuhan Klang.

Kakitangan Islamic Relief Malaysia (IRM) itu selamat menjalani pembedahan ketiganya semalam selepas mengalami keretakan di bahagian tulang femur di peha kanannya.

Farah Amirah dan Faiz Aqwa selamat diijabkabulkan.
Farah Amirah dan Faiz Aqwa selamat diijabkabulkan.

Farah berkata, dia terpaksa meneruskan majlis tersebut kerana kad undangan telah diedarkan kepada tetamu.

Katanya, dalam tempoh mendapatkan rawatan di hospital dia hanya berdoa untuk diberi kekuatan bagi meneruskan majlis pernikahan yang sudah dirancang.

"Ketika kejadian memang saya tak sedar, dan tak percayapun saya boleh selamat apabila melihat gambar kedua-dua kereta remuk teruk.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan dapat meneruskan hari bersejarah kami walaupun terpaksa berada di atas katil," katanya.

Sabtu lalu, seorang lelaki maut manakala Farah mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki maut dalam kemalangan berhampiran Karangkraf