Schreuder yakin Timber, Antony tidak berpindah ke United

Antony (kiri) dan Timber antara pemain yang diintai ten Hag bagi memperkuatkan United pada musim depan.
Antony (kiri) dan Timber antara pemain yang diintai ten Hag bagi memperkuatkan United pada musim depan.
A
A
A

PENGENDALI Ajax, Alfred Schreuder percaya dua tonggaknya iaitu Jurrien Timber dan Antony dos Santos akan kekal di Johan Cruyff Arena pada musim depan meskipun khidmat mereka diintai oleh Manchester United ketika ini.

Malah, pengurus Belanda, Louis Van Gaaal dilaporkan turut menasihati Timber supaya tidak meninggalkan kelab yang diwakilinya ketika ini memandangkan ia bakal memberi kesan kepada peluangnya untuk beraksi di Piala Dunia hujung tahun ini, tatkala tiada jaminan untuknya berada dalam kesebelasan utama The Red Devils.

“Saya rasakan pemain ini (Timber) merupakan pemain yang bijak. Dia tahu apa yang bagus demi perkembangan kariernya.

“Saya tak rasa jika Timber kekal di Ajax, perkembangan bakatnya akan terbantut. Jadi saya berasakan dia akan kekal di sini pada musim hadapan,” katanya.

Sebelum ini, beberapa laporan media melaporkan, Timber dan Antony menjadi sasaran pengurus baharu United, Erik ten Hag yang sebelum ini pernah bekerjasama bersama mereka ketika berada di Ajax.

“Sama juga untuk Antony, sudah tentu kami mahu mengekalkannya dalam pasukan. Saya fikir dia masih ada kontrak bersama pasukan sehingga 2025.

“Saya benar-benar mahu bekerja dengannya (Antony) dan dia tahu mengenai perkara tersebut. Malah dia saya seorang sahaja yang tahu berkenaan perkara ini, semua pihak di kelab ini tahu,” katanya.

Artikel Berkaitan: