Saya, isteri sihat: Fitri Zainal

Penyanyi, Fitri AF2
Penyanyi, Fitri AF2
A
A
A

PENYANYI kelahiran program Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Fitri Zainal akur pada ketentuan takdir ALLAH selepas tiga berumah tangga masih belum dikurniakan cahaya mata.

Katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, menganggap perkara tersebut sebagai rezeki yang masih dinantikan.

Sungguhpun begitu Fitri dan isteri tidak berputus asa dalam usaha untuk menimang zuriat.

“Masih belum ada rezeki lagi, kalau ada insya-ALLAH doa-doakanlah. Tak ada buat pemeriksaan, hanya berserah pada rezeki.

"Setakat ini kami berdua sihat walafiat. Lagi pun masing-masing sibuk dengan komitmen untuk tempahan dan koleksi raya,” katanya.

Mengenai pembabitan dalam menjayakan Konsert Reunion AF2 yang dijangka bakal berlangsung pada Ogos depan, Fitri mengakui tidak mudah untuk kembali menyanyi seperti 15 tahun lalu kerana sudah sepuluh tahun memendam suara, dia bersyukur kerana Bob tampil memberikan bantuan dari segi kelas vokal.

Artikel Berkaitan: