Anwar persoal agenda AGM FGV

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan persoalan berkaitan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-14 FGV Holdings Bhd yang didakwa hanya akan memberi tumpuan kepada kenaikan elaun pengerusi dan ahli lembaga pengarah.

Ia berikutan butiran mengenai notis panggilan mesyuarat berkenaan yang diterimanya.

"Saya difahamkan Syarikat perladangan FGV Holdings Bhd akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-14 hari ini. Saya juga ada menerima butiran mengenai notis panggilan Mesyuarat Agung Tahunan tersebut.

"Justeru, saya ingin bertanya adakah benar mesyuarat ini hanya akan menumpukan mengenai kenaikan elaun Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah FGV?" katanya dalam satu hantaran di Twitter pada Khamis.

Anwar turut mempersoalkan sama ada nasib peneroka akan diberi perhatian dalam mesyuarat tersebut.

"Jika perkara ini benar, maka saya ingin bertanya bagaimana pula dengan nasib peneroka? Adakah permasalahan yang dihadapi mereka saat ini akan turut dibincangkan?" katanya.