X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Remaja maut nahas dua kenderaan

Muhammad Azizul Haiqal (gambar kecil) meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terbabit dalam kemalangan. (Gambar kecil: Muhammad Azizul Haiqal)
A
A

MELAKA - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut selepas motosikal ditunggangi terlibat dalam kemalangan di persimpangan Kampung Bukit Gedong, Jalan Tanjung Kling, di sini, pada Rabu.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Azizul Haiqal Zulkefli, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dipercayai dalam perjalanan dari Tangga Batu menghala ke Tanjung Kling.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan [email protected] Zaki Omar berkata, setiba di lokasi kejadian terdapat sebuah kereta jenis Proton Iswara yang berada di hadapan mangsa pada jarak kira-kira tiga buah kenderaan telah memberikan lampu isyarat untuk masuk ke simpang kiri.

Menurutnya, dalam masa sama motosikal mangsa dipercayai bergesel di bahagian kanan kenderaan tersebut lalu hilang kawalan dan melanggar sebuah Proton Saga FLX dari arah bertentangan.

"Akibat kemalangan itu, mangsa terpelanting dan jatuh di atas jalan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan kerana mengalami parah di bahagian kepala," katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.

Mengulas lanjut, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

Ujar beliau, kemalangan itu menyebabkan pemandu kereta jenis proton Saga FLX mengalami kecederaan melecet di tangan manakala pemandu Proton Iswara tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan tersebut.

"Kepada mereka yang melihat atau berada di tempat kejadian mohon tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!