Tengku Permaisuri Selangor rasmi Avisena Renal Care

Tengku Permaisuri Norashikin (tiga dari kiri) melawat tapak pameran Avisena Renal Care di Hotel Concorde Shah Alam, di sini pada Rabu.
Tengku Permaisuri Norashikin (tiga dari kiri) melawat tapak pameran Avisena Renal Care di Hotel Concorde Shah Alam, di sini pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan merasmikan Avisena Renal Care yang menawarkan perkhidmatan penjagaan buah pinggang di Selangor di Hotel Concorde Shah Alam, di sini pada Rabu.

Baginda sebelum merasmikan pusat rawatan tersebut turut berkenan meluangkan masa melawat Pusat Dialisis Avisena, di sini untuk melihat kemudahan perubatan yang disediakan.

Dalam majlis sama, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenaan menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 setiap seorang kepada dua orang pesakit buah pinggang.

Turut mengiringi baginda melawat tapak pameran Avisena Renal Care di Hotel Concorde Shah Alam, di sini ialah Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Avisena Heatlhcare, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) selepas menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada dua orang pesakit buah pinggang selepas merasmikan Avisena Renal Care di Hotel Concorde Shah Alam di sini pada Rabu.
Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) selepas menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada dua orang pesakit buah pinggang selepas merasmikan Avisena Renal Care di Hotel Concorde Shah Alam di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Avisena Renal Care, Dr Rashidi Saidin berkata, Avisena Renal Care adalah pusat dialisis pertama yang diluluskan sebagai penyedia perkhidmatan rawatan 'dialisis peritoneal' (PD) oleh Cawangan Kawalan Akta Perubatan Swasta Putrajaya.

Menurutnya, Avisena Renal Care turut menyasarkan untuk berkembang kepada 10 pusat dialisis menjelang akhir 2026 dengan kapasiti keseluruhan sebanyak 170 kerusi dialisis yang mampu merawat sehingga 1,000 pesakit.

"Pembinaan akan bermula pada penghujung tahun 2023 dan dijangka selesai pada tahun 2027 yang mana Avisena Healthcare akan mempunyai 400 katil secara keseluruhan.

"Kami turut menyasar untuk membuka dua lagi hospital di Pantai Timur dan Selangor, dengan kapasiti 200 katil setiap satu, menjadikannya sejumlah 800 katil menjelang 2031," katanya.