Pelakon terlibat kes pukul, seorang lagi saksi dipanggil

Pada Khamis, seorang pelakon ditahan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul di sebuah kondominium.
Pada Khamis, seorang pelakon ditahan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul di sebuah kondominium.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes pukul melibatkan seorang pelakon lelaki popular di sebuah kondominium di Sentul pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, siasatan dijalankan mendapati individu berkenaan terlibat dalam kejadian tersebut.

"Kita telah panggil individu berkenaan, dan dia telah hadir untuk dirakam percakapan.

"Kertas siasatan kini sedang dilengkapkan untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Pada Isnin, seorang pelakon tempatan yang sebelum ini diberkas dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Pelakon lelaki berumur 30-an itu sebelum ini telah direman empat hari untuk siasatan lanjut.

Pada Khamis, seorang pelakon ditahan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul di sebuah kondominium di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata, pelakon lelaki berusia 30-an berkenaan yang juga penghuni di kondominium sama disyaki menumbuk dan menendang mangsa dalam kejadian pada jam 8.30 malam itu.