PSG nafi berunding dengan Zidane

Zidane
Zidane
A
A
A

PRESIDEN Paris Saint-Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi menafikan khabar angin bahawa dia ada melakukan rundingan bersama bekas pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane bagi menjadi jurulatih kelab itu.

Dalam satu temu bual disiarkan akhbar harian Perancis, Le Parisien, Nasser berkata, bagaimanapun dia tidak menolak kemungkinan terdapat rakannya di Qatar mengadakan pertemuan bersama Zidane.

“Kami tidak pernah bercakap dengannya sama ada secara langsung atau tidak langsung.

“Apabila saya kata 'kami', ia adalah PSG. Saya sebagai presiden PSG tidak pernah bercakap dengannya,” katanya.

Sebelum ini, Zidane dikaitkan dengan jawatan nombor satu PSG bagi menggantikan Mauricio Pochettino yang mungkin akan dipecat pada musim panas ini.

Dalam temu bual tersebut, Nasser turut memberitahu sudah menjumpai calon untuk mengendalikan PSG iaitu Pengurus Nice, Christophe Galtier sambil berharap proses rundingan bersama jurulatih itu dapat berjalan lancar.

“Kami di PSG hanya memilih jurulatih yang terbaik bagi merealisasikan impian kelab.

“Saya harap kami akan mencapai persetujuan segera bersama Galtier. Bagaimanapun saya menghormati apa-apa keputusan yang dibuat Nice dan presiden (Jean-Pierre) Rivere, semua orang ada kepentingan sendiri.