JKM cari waris Vanessa Ann Monteiro

JKM kesan ibu atau waris Vanessa Ann Monteiro.
JKM kesan ibu atau waris Vanessa Ann Monteiro.
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencari waris seorang kanak-kanak perempuan yang ditinggalkan dalam jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) sejak pertengahan Mei 2016.

Pegawai Pelindung JKM, Juliana Abd Rohaman berkata, kanak-kanak berkenaan dianggarkan berusia enam tahun dikenali sebagai Vanessa Ann Monteiro ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

"Pelindung kini di dalam usaha mengesan ibu kandungnya yang dikenali sebagai Emily, berasal dari Sarawak dan beragama kristian atau waris kanak-kanak bagi tujuan penempatan dan kebajikan kanak-kanak selanjutnya.

"Sehubungan dengan itu, JKM juga mengalu-alukan waris atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat ibu kandung atau waris kanak-kanak untuk menghubungi pelindung kes ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelasnya, orang ramai boleh menghubungi JKM di talian 06-6015798 atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban, Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban, Persiaran S2 A2, Seremban 2 di sini.

"Ia bagi memberikan maklumat yang dapat membantu Jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak ini dan seterusnya membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikannya," katanya.