Guardiola mahu Silva kekal

Silva merupakan antara tonggak penting dalam pasukan City yang berjaya menjulang EPL musim ini.
Silva merupakan antara tonggak penting dalam pasukan City yang berjaya menjulang EPL musim ini.
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola yakin pemain sayapnya, Bernardo Silva akan kekal di kelab tersebut untuk satu musim lagi.

Menurut Guardiola, meskipun mengakui dia bukanlah seorang jurulatih yang akan cuba memujuk pemain yang sudah tidak berasa gembira untuk bermain bersama kelab, namun khidmat Silva masih diperlukan olehnya bagi membina pasukan yang ampuh.

“Saya rasa Bernardo Silva akan kekal bersama kami. Itu apa yang saya rasa ketika ini.

“Walaupun saya bukan jenis individu yang mahu memaksa pemain untuk kekal bermain bersama pasukan, tetapi dia pemain yang penting buat kami.

“Kami sangat menghargai Bernardo dan masih mengharapkannya untuk bermain bersama kami musim depan,”katanya.

Sebelum ini, pemain antarabangsa Portugal itu dikatakan telah menyatakan hasratnya mahu meninggalkan City tahun lalu, namun bekas perancang Monaco itu masih kekal di Stadium Etihad dan memainkan peranan penting ketika pasukan kendalian Guardiola memenangi Liga Perdana Inggeris buat kali keempat dalam lima musim.

Malah baru-baru ini, pemain berusia 27 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona selepas berkhidmat selama lima tahun bersama City, dengan Xavi dikatakan sangat berminat untuk membawa Sila ke Camp Nou.