Pengerusi Chelsea lepas jawatan selepas 19 tahun

Bruce Buck (kanan) akan berundur pada penghujung Jun selepas 19 tahun memegang jawatan Pengerusi Chelsea. - Foto AFP
Bruce Buck (kanan) akan berundur pada penghujung Jun selepas 19 tahun memegang jawatan Pengerusi Chelsea. - Foto AFP
A
A
A

PENGERUSI Chelsea, Bruce Buck akan berundur pada penghujung Jun selepas 19 tahun memegang jawatan itu, kata kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.

Buck juga seorang peguam dari Amerika Syarikat yang dilantik pengerusi pada 2003 selepas bekas pemilik Roman Abramovich membeli kelab London tersebut bagaimanapun akan kekal sebagai penasihat kanan selepas 30 Jun, jelas Chelsea.

“Sejujurnya saya berbangga kerana dapat membantu Chelsea merealisasikan beberapa kejayaan besar di padang, selain memberi impak positif dalam anggota komuniti.

“Dan sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk saya berundur dan membiarkan pemilik baharu membina asas kukuh yang kami telah sediakan sebelum ini dalam memastikan kejayaan kelab pada masa depan.

“Pemilik baharu mempunyai visi yang menarik untuk masa depan Chelsea, dan saya berharap dapat membantu mencapainya bersama para kakitangan, pemain, jurulatih dan penyokong kami yang cukup luar biasa,” kata Buck dalam satu kenyataan.

Kumpulan yang diketuai Todd Boehly dan Clearlake Capital membeli Chelsea pada Mei selepas Abramovich meletakkan kelab sensasi tersebut untuk dijual berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Buck berusia 74 tahun menjadi pencetus kepada kejayaan besar di Chelsea untuk kedua-dua pasukan lelaki dan wanita.

Sementara itu, Boehly berkata, "Buck telah membawa Kelab Bola Sepak Chelsea ke tahap tertinggi bola sepak antarabangsa dan domestik, selain memainkan peranan dalam membangunkan antara projek tanggungjawab sosial yang paling aktif dalam sukan ini.

“Kami amat berterima kasih kepada Buck atas khidmatnya dan komitmennya kepada Kelab Bola Sepak Chelsea selama ini," ujarnya.