Keinginan Zidane masih kuat tapi...

Zinedine Zidane
Zinedine Zidane
A
A
A

PENGENDALI tersohor Zinedine Zidane mengesahkan hasrat untuk kembali semula ke bidang pengurusan, namun mengakui masih samar mengenai destinasi kelab seterusnya.

"Ramai bertanya apakah saya masih mampu menyumbang sesuatu sebagai jurulatih untuk kemajuan sesebuah kelab? Sejujurnya ya, sebenarnya banyak perkara atau sekurang-kurangnya beberapa perkara...

"Saya mahu meneruskan kerjaya itu kerana masih mempunyai keinginan yang sesungguhnya berkaitan keghairahan dalam sukan ini.

"Saya menghampiri usia 50 tahun dan berpuas hati serta gembira dengan semua pencapaian, itu perkara yang paling penting," katanya.

Bekas pemain tengah legenda sensasi Perancis itu sebelum ini telah dua kali menerajui gergasi La Liga, Real Madrid, namun meninggalkan kedudukan berkenaan dengan alasan untuk berehat daripada dunia bola sepak.

Legenda berusia 49 tahun itu pernah menyarung jersi Cannes (1989–1992), Bordeaux (1992–1996), Juventus (1996–2001) dan Real Madrid (2001–2006) itu tidak terlibat secara aktif dalam sukan itu sejak meninggalkan Los Blancos buat kali kedua setahun lalu.

Zidane membawa Real Madrid memenangi tiga kejuaraan Liga Juara-Juara berturut-turut dalam tempoh dua setengah musim pertamanya selain memenangi dua gelaran La Liga di kelab tersebut.

Bagaimanapun baru-baru ini, Zidane dikaitkan dengan jawatan nombor satu bersama juara Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) bagi menggantikan Mauricio Pochettino.