Presiden AS jatuh basikal tetapi tidak cedera

Joe Biden jatuh di hadapan orang ramai di Pantai Rehoboth, Delaware pada Sabtu. - Foto AFP
Joe Biden jatuh di hadapan orang ramai di Pantai Rehoboth, Delaware pada Sabtu. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden terjatuh ketika menunggang basikal di Delaware pada Sabtu.

Pemimpin berusia 79 tahun itu bangun semula dan terus bercakap di hadapan orang ramai di Pantai Rehoboth.

Katanya, beliau tidak cedera dalam kejadian itu.

"Saya baik," katanya kepada pemberita selepas ejen-ejen Perkhidmatan Rahsia AS dengan pantas membantunya bangun,.

"Kaki saya tersangkut (pada pedal)," ujarnya yang memakai topi keselamatan semasa mengayuh basikal itu. - Agensi