Pogba mahu buat United menyesal

Paul Pogba - Foto gettyimages
Paul Pogba - Foto gettyimages
A
A
A

PEMAIN Perancis, Paul Pogba mahu membuktikan kepada bekas kelabnya, Manchester United bahawa mereka telah melakukan kesilapan apabila gagal membuat tawaran yang berbaloi untuk dia kekal bersama The Red Devils.

Pogba dalam satu dokumentari khas yang disiarkan di Amazon memberitahu, segala berita berkenaan tawaran kontrak baharu yang dilakukan Manchester United hanyalah rekaan semata-mata dan langsung tidak benar.

“Saya mahu buktikan kepada Manchester (United) bahawa mereka telah melakukan kesilapan apabila tidak menawarkan kontrak baharu kepada saya.

“Bagaimana sesebuah pasukan itu mahu memberitahu kepada pemainnya bahawa mereka masih diperlukan tanpa menawarkan sebarang kontrak?

“Sejujurnya saya langsung tidak pernah lihat situasi itu berlaku di mana-mana pasukan di dunia,” jelasnya.

Untuk rekod, Pogba ketika ini merupakan ejen bebas apabila kontraknya bersama United tamat pada bulan lalu dan kini bakal menyertai semula kelab Serie A bersama Juventus

Difahamkan, Pogba akan ditawarkan kontrak tiga tahun bernilai £10 juta (RM55 juta) setahun oleh Juventus dan kelab itu yakin perjanjian akan dicapai.

Selain Juventus, kelab Ligue 1, Paris Saint Germain (PSG) dijangka akan membuat tawaran akhir untuk meyakinkan Pogba supaya pulang ke negara asalnya.

Bagaimanapun Pogba difahamkan lebih berminat untuk kembali ke Turin bagi meneruskan karier bola sepaknya.