Warisan hanya tanding kerusi berpotensi menang di Semenanjung

Mohd Shafie (tiga dari kiri) menerima borang keahlian baharu Warisan daripada wakil Warisan Perak, Datin Noor Hasnida Mohd Hashim pada Majlis Penyerahan Borang Keahlian dan Sembang Santai di Taman Shatin, di sini pada Sabtu.
Mohd Shafie (tiga dari kiri) menerima borang keahlian baharu Warisan daripada wakil Warisan Perak, Datin Noor Hasnida Mohd Hashim pada Majlis Penyerahan Borang Keahlian dan Sembang Santai di Taman Shatin, di sini pada Sabtu.
A
A
A

IPOH - [DIKEMASKINI] Parti Warisan (Warisan) tidak bertanding di semua negeri di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebaliknya hanya meletakkan calon di kerusi-kerusi berpotensi untuk dimenangi mengikut negeri-negeri yang dipilih.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya kini sedang mengenal pasti negeri-negeri yang akan diletakkan calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Warisan ini kita tak tanding semua negeri. Saya akan maklumkan contohnya di Pahang, di Terengganu sebab kita parti pelbagai bangsa ada kawasan-kawasan yang kita lihat berpotensi untuk menang.

"Saya sudah minta penyelaras Warisan di negeri-negeri untuk kita kenal pasti kerusi seperti di Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang. Kita akan umumkan negeri-negeri yang akan kita tanding sama ada di Parlimen dan DUN," katanya kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Penyerahan Borang Keahlian dan Sembang Santai di Taman Shatin, di sini pada Sabtu.

Ditanya mengenai potensi Warisan di Perak, Mohd Shafie menjelaskan pimpinan parti itu sedang mengenal pasti kerusi berpotensi untuk ditandingi.

Katanya, sehingga kini belum ada jumlah kerusi Parlimen mahupun DUN yang dimuktamadkan untuk ditandingi pada pada PRU15 nanti.

Beliau berkata, setiap kerusi Parlimen yang dipilih untuk bertanding, kerusi-kerusi DUN di dalamnya akan turut ditandingi oleh Warisan.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, lebih 1,000 borang keahlian baharu dari Bahagian Parit, Padang Rengas, Tambun, Ipoh Barat dan Ipoh Timur.