‘Segera tubuhkan LPUN atasi manipulasi harga’

Asyraf Wajdi dan Tangkap layar Facebook rasmi Asyraf Wajdi pada Sabtu
Asyraf Wajdi dan Tangkap layar Facebook rasmi Asyraf Wajdi pada Sabtu
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu segera menubuhkan Lembaga Pembangunan Unggas Negara (LPUN) bagi mengkaji secara menyeluruh berhubung aspek pengeluaran, penternakan, dedak termasuk harga ayam di pasaran.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah tersebut bertujuan untuk mengatasi masalah manipulasi harga yang tidak wajar oleh kartel ayam di negara ini.

“Harga ayam tidak wajar ditentukan oleh kartel. Mereka boleh memanipulasi harga dan bekalan pada bila-bila masa apabila pasaran bukan lagi bersifat kompetitif dan ‘padang yang tidak sama rata’.

“Sebab itulah kerajaan harus segera tubuhkan LPUN bukan sahaja bagi menentukan harga yang berpatutan tetapi memperhalusi secara menyeluruh aspek pengeluaran, penternakan, dedak termasuk harga ayam di pasaran,” katanya dalam siaran di Facebook rasminya pada Sabtu.

Pada Jumaat, Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng Choon Ngee memaklumkan bahawa harga baharu ayam segar selepas berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam pada 30 Jun ini, perlu melebihi RM10 sekilogram bagi mendapatkan situasi menang-menang antara pemain industri rantaian makanan itu serta pengguna.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, kebanyakan peniaga di pasar raya mengenakan caj-caj tambahan berikutan kenaikan harga yang dikenakan oleh penternak ayam.

“Hari ini pun ramai peniaga di pasar-pasar terpaksa mengenakan pelbagai bentuk caj tambahan kepada pelanggan seperti upah membersih ayam, upah potong dan lain-lain kerana harga ayam yang mereka terima daripada pengedar dan penternak juga sudah mahal.

Artikel Berkaitan:

“Ia juga bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan oleh penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang menetapkan harga siling,” ujarnya.