USM lancar penjualan nombor plat khas

USM melancarkan penjualan nombor pendaftaran khas USM 1 hingga USM 9999.
USM melancarkan penjualan nombor pendaftaran khas USM 1 hingga USM 9999.
A
A
A

GEORGETOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) secara rasminya melancarkan penjualan nombor pendaftaran khas USM 1 hingga USM 9999 pada Jumaat.

Menerusi kenyataannya, USM berbesar hati mengekalkan kombinasi huruf USM bagi mewakili Universiti Sains Malaysia dalam pemilihan plat khas universiti tersebut.

"Pihak universiti meminta seluruh warga dan alumni USM unttuk memberi semangat dan sokongan padu dengan membida nombor USM1 hingga USM9999 yang akan bermula Jumaat sehingga 29 Jun ini.

"Bidaan boleh dibuat dengan memuat turut aplikasi carplates.my di Google Store bagi pengguna Android dan Apple Store bagi pengguna iPhone," katanya pada Jumaat.

Katanya lagi, pembida boleh memulakan bidaan serendah RM250 bagi empat digit nombor pendaftaran, bergantung kepada nilai yang ditetapkan di dalam sistem bidaan.

Tambahnya, dana yang diperolehi hasil dari penjualan nombor plat ini akan disalurkan bagi membantu USM menyokong mempertingkatkan lagi kerja-kerja penyelidikan yang sedang giat dijalankan.