Pemimpin pembangkang Venezuela kena 'sekatan' 15 tahun

 Juan Guaido
Juan Guaido
A
A
A

CARACAS - VENEZUELA. Presiden Venezuela, Nicolas Maduro telah melucutkan hak pemimpin pembangkang, Juan Guaido untuk memegang jawatan pejabat awam selama 15 tahun.

Langkah itu diumumkan Ketua Auditor, Elvis Amoroso menerusi stesen TV, semalam.

Menurutnya, Guaido yang juga Speaker Parlimen telah memalsukan maklumat dalam pernyataan angkat sumpah negara dan melakukan penyelewengan dalam rekod kewangan.

Pemimpin terbabit yang bertindak balas terhadap dekri itu menyatakan beliau akan meneruskan kempen untuk menggulingkan Maduro.

Januari lalu, Amerika Syarikat (AS) menjadi antara negara yang mengiktiraf Guaido sebagai presiden Venezuela selepas ketua pembangkang itu menamakan dirinya sebagai pemangku Ketua Eksekutif negara.

Rabu lalu, Presiden Donald Trump turut bertemu Fabiana Rosales yang merupakan isteri Guaido di Pejabat Oval di Rumah Putih. - AFP

Artikel Berkaitan: