Taman Alam Kuala Selangor

No Image Caption
A
A
A
Permandangan mengunakan drone di Taman Alam Kuala Selangor baru-baru ini .

Hutan paya bakau di Kuala Selangor yang merupakan nadi penting sebagai zon pelindung fizikal semula jadi pesisiran pantai mahupun benteng tsunami, kini diancam kemusnahan malah berisiko ‘lenyap’ dek kerakusan pembangunan di sekelilingnya.

Terbaharu, Taman Alam Kuala Selangor (KSNP) yang berkeluasan lebih kurang 292 hektar dan terkenal sebagai lokasi transit burung migrasi turut menjadi sasaran berikutan terdapatnya cadangan mahupun usaha daripada pihak tertentu untuk menerokai kawasan tersebut.



Cadangan membangunkan kawasan Taman Alam yang kaya dengan khazanah bakau menghijau serta flora dan fauna untuk dijadikan pusat pelancongan bertaraf antarabangsa, mengundang kerisauan dalam kalangan pakar pencinta alam mahupun penduduk sekitar.

 - Foto Bernama