Pahang tetapkan 1 Ogos hari kelepasan am

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. - Foto Bernama
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. - Foto Bernama
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang mengumumkan 1 Ogos depan tahun ini sebagai hari kelepasan am sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Salehuddin Ishak berkata, keputusan itu bagi menjunjung titah perintah baginda.

"Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Hari Kelepasan Am Negeri Pahang Darul Makmur sempena Hari Keputeraan baginda telah ditetapkan pada 1 Ogos 2022 (Isnin).

"Berdasarkan subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Pihak Berkuasa Negeri telah menetapkan 1 Ogos 2022 sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Pahang Darul Makmur

bagi tahun 2022 sahaja," katanya dalam kenyataan pada Khamis.