Pengarah APM Melaka meninggal dunia selepas rebah

Cuthbert John Martin, 47, dilaporkan rebah secara tiba-tiba di pejabatnya di Ayer Keroh sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.
Cuthbert John Martin, 47, dilaporkan rebah secara tiba-tiba di pejabatnya di Ayer Keroh sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.
A
A
A

MELAKA - Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra meninggal dunia di Hospital Melaka di sini pada Selasa.

APM Melaka dalam kenyataan memaklumkan Cuthbert John Martin, 47, menghembuskan nafas terakhir di jabatan kecemasan hospital berkenaan kira-kira 10 pagi tadi.

Mendiang yang berasal dari Keningau, Sabah dilaporkan rebah secara tiba-tiba di pejabatnya di Ayer Keroh di sini sebelum disahkan meninggal dunia di hospital itu.

Beliau pernah berkhidmat di APM Pulau Pinang sebelum dilantik sebagai Pengarah APM Melaka berkuat kuasa 1 Januari 2021.

Menurut kenyataan itu, bedah siasat ke atas mendiang akan dijalankan di hospital tersebut sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Keningau untuk disemadikan. - Bernama