FIFA gantung Gbohouo selama 18 bulan

Gbohouo
Gbohouo
A
A
A

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantung penjaga gol Ivory Coast, Sylvain Gbohouo selama 18 bulan selepas disahkan positif menggunakan bahan terlarang trimetazidine tahun lalu, kata badan induk bola sepak dunia tersebut.

Pemain berusia 33 tahun itu didapati positif selepas menjalani ujian setelah perlawanan kelayakan Piala Dunia pada November, terlepas Piala Negara-Negara Afrika tahun ini apabila digantung sementara atas kesalahan tersebut.

"Kehadiran bahan terlarang dalam sampelnya, pemain itu didapati melanggar artikel 6 Peraturan Anti-Doping FIFA seperti yang dibaca bersama dengan Artikel 17 Kod Tatatertib FIFA," kata FIFA dalam satu kenyataan.

Trimetazidine adalah ubat jantung yang dikategorikan oleh Agensi Anti-Doping Dunia sebagai perangsang.

Untuk rekod, Gbohouo beraksi untuk jagoan Liga Ethiopia, Wolkite City, mempunyai 65 penampilan untuk Ivory Coast juga merupakan sebahagian daripada skuad yang memenangi gelaran Piala Negara-Negara Afrika pada 2015.