Pekerja pembersihan, keselamatan sekolah dapat peruntukan tambahan

 Maszlee
Maszlee
A
A
A

PUTRAJAYA - Kabinet bersetuju membenarkan Kementerian Pendidikan mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian Kewangan bagi mendapatkan peruntukan tambahan untuk mengatasi isu berkaitan kontrak pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan sekolah.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memaklumkan, kementeriannya juga akan berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia bagi meneliti isu itu untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan pekerja terbabit terpelihara.

“Ini merupakan usaha awal Kementerian Pendidikan selepas perbincangan dengan Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) pada awal minggu ini.

“Segala perbincangan berkenaan dibawa untuk perhatian Menteri Kabinet dan Kementerian Pendidikan akan terus berusaha memastikan isu berkaitan dapat diselesaikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan: