Penarik kereta maut ditetak

Seorang penarik kereta maut diserang dan ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian di Jalan Serindit 9, Taman Eng Ann pada Isnin.
Seorang penarik kereta maut diserang dan ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian di Jalan Serindit 9, Taman Eng Ann pada Isnin.
A
A
A

KLANG - Seorang penarik kereta maut diserang dan ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian di Jalan Serindit 9, Taman Eng Ann pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.47 pagi berkaitan satu pergaduhan di lokasi kejadian.

"Polis kemudiannya menemukan seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah dengan mengalami kecederaan di bahagian badan, tangan kanan, kiri serta kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Siasatan dijalankan mendapati mangsa berumur 47 tahun itu dipercayai telah diserang dan ditetak dengan parang oleh beberapa lelaki," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.