VAR buat Belgium kempunan tiga mata

Brennan menjadi wira Wales apabila menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Belgium.
Brennan menjadi wira Wales apabila menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Belgium.
A
A
A

PENGENDALI Belgium, Roberto Martinez menyalahkan video bantuan pengadil (VAR) sebagai punca mereka gagal mengutip tiga mata penuh ketika seri 1-1 menentang Wales di Stadium Cardiff City awal pagi tadi.

Martinez nyata terkejut dan berang dengan keputusan yang dibuat VAR apabila membenarkan gol penyamaan Wales selepas pengadil perlawanan sebelum itu tidak mengesahkan gol tersebut memandangkan pemain berada dalam kedudukan ofsaid.

“Saya tidak boleh menganalisa perlawanan ini sehingga saya mendapat penjelasan daripada seseorang berkenaan gol penyamaan itu.

“Penolong pengadil telah membuat keputusan yang betul apabila tidak membenarkan gol tersebut, namun saya tidak tahu bagaimana VAR boleh bertindak sebaliknya. Garisan itu tidak selari

“Kami sepatutnya boleh memenangi perlawanan ini. Pemain saya tidak layak mendapat ini, kerana kami bertahan dengan sangat baik,” katanya.

Pada perlawanan tersebut, Belgium terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Youri Tielemans pada minit ke-50 sebelum Brennan Johnson menyempurnakan hantaran Aaron Ramsey tiga minit sebelum tamat permainan.

Keputusan tersebut menyaksikan Belgium dan Poland kekal tiga mata di belakang Belanda yang berada di tangga teratas Kumpulan A4 dengan tujuh mata manakala Wales di tangga tercorot pada satu mata.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!