Reman suspek bunuh, kerat ibu disambung

Suspek bunuh dan kerat ibu kandung di bawa ke Mahkamah Majistret Parit Buntar untuk permohonan lanjutan reman pada Rabu.
Suspek bunuh dan kerat ibu kandung di bawa ke Mahkamah Majistret Parit Buntar untuk permohonan lanjutan reman pada Rabu.
A
A
A

PARIT BUNTAR - Tempoh reman terhadap lelaki yang menjadi suspek utama kes bunuh dan kerat ibu kandung kepada 15 bahagian di Taman Kerian di sini disambung tujuh hari lagi.

Lanjutan reman terhadap suspek berusia 42 tahun itu dikeluarkan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi di Mahkamah Majistret Parit Buntar di sini pada Rabu.

Suspek direman sehingga Rabu depan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Lelaki itu tiba di pekarangan mahkamah sekitar jam 9 pagi dengan berpakaian lokap dan diiringi anggota polis sebelum meninggalkan mahkamah tiga jam kemudian.

Suspek ditahan selepas polis menerima laporan mengenai penemuan potongan daging dipercayai anggota badan manusia dalam tangki kumbahan kira-kira jam 3.30 petang pada Sabtu lepas.

Siasatan awal dijalankan mendapati, suspek yang dipercayai mempunyai masalah mental telah bertindak kejam membunuh ibunya berusia 68 tahun, akibat rasa tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka mendiang bapanya yang telah meninggal dunia 12 tahun lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!