[VIDEO] Pawagam tarik balik filem tentang anak perempuan Nabi Muhammad

 Rangkaian pawagam UK Cineworld tidak lagi menayangkan filem tentang anak perempuan kepada Nabi Muhammad setelah protes berlaku di Britain. - Foto Reuters
Rangkaian pawagam UK Cineworld tidak lagi menayangkan filem tentang anak perempuan kepada Nabi Muhammad setelah protes berlaku di Britain. - Foto Reuters
A
A
A
LONDON - Rangkaian pawagam UK Cineworld telah menarik semua tayangan filem tentang anak perempuan kepada Nabi Muhammad SAW selepas kumpulan-kumpulan Muslim melakukan protes di luar panggung wayang baru-baru ini.

Kumpulan Muslim itu menggelarkan filem tersebut sebagai 'kufur'.

UK Cineworld merupakan rangkaian pawagam kedua terbesar di dunia berkata, ia membatalkan semua tayangan filem itu, 'The Lady of Heaven' atas sebab-sebab keselamatan.

"Disebabkan insiden baru-baru ini berkaitan tayangan filem 'The Lady of Heaven', kami telah membuat keputusan untuk membatalkan tayangannya di seluruh negara bagi memastikan keselamatan kakitangan dan pelanggan kami," kata seorang jurucakap pawagam tersebut.

Video dalam talian menunjukkan seorang pengurus, Sheffield Cineworld di utara England memberitahu kumpulan penunjuk perasaan pada malam Ahad bahawa tayangan telah dibatalkan.

Filem itu mengisahkan tentang seorang anak perempuan Nabi Muhammad SAW, Fatimah.

Protes serupa menyasarkan teater Cineworld di pusat bandar Birmingham dan di bandar utara Bolton.

Ketiga-tiga tempat itu mempunyai populasi penduduk Islam yang ramai. - Agensi
@sinarharianonline Kumpulan Muslim itu gelarkan filem tersebut sebagai 'kufur' #fyp#TrendingNewsMalaysia#BuletinTikTok#TikTokNews#TheLadyofHeaven#Cineworld original sound Sinar Harian
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!