Anak jati pemain pertama dibawa masuk KDA FC

Mohd Akmal mula menjalani latihan rasminya bersama KDA FC di Stadium Darul Aman pada Ahad. - Foto KDA FC
Mohd Akmal mula menjalani latihan rasminya bersama KDA FC di Stadium Darul Aman pada Ahad. - Foto KDA FC
A
A
A

PEMAIN pertahanan berusia 28 tahun dari Melaka United FC, Mohd Akmal Md Zahir menjadi pemain pertama dibawa masuk Kedah Darul Aman (KDA) FC pada jendela perpindahan kedua pemain Liga Malaysia 2022.

KDA FC dalam satu kenyataan berkata, pemain yang berasal dari Pendang, Kedah itu adalah kali pertama menabur bakti buat skuad Sang Kenari.

"Selamat datang kepada Mohd Akmal Md Zahir, pemain pertahanan berusia 28 tahun ini berasal dari Pendang, Kedah.

"Ini merupakan kali pertama beliau kembali menabur bakti bersama skuad Sang Kenari selepas menghabiskan kerjaya bola sepak remajanya bersama pasukan seperti UiTM FC, Sime Darby FC, UKM FC.

"Kelab terakhirnya sebelum ini adalah Melaka United FC," katanya dalam kenyataan, pada petang Ahad.

KDA FC berkata, pemain yang mempunyai ketinggian 1.77 meter itu juga pernah menganggotai skuad Harimau Muda.

"Kehadiran Mohd Akmal sedikit sebanyak adalah bagi memperkuatkan bahagian pertahanan dan memberi pilihan buat Aidil Sharin Sahak mencatur benteng akhir skuad Sang Kenari," ujarnya.