Harga gandum menurun ekoran janji Putin

Putin. - Foto AFP
Putin. - Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Harga bijirin global pada Jumaat lepas jatuh ke paras harga terendah berbanding April lalu berikutan janji yang dibuat oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Putin telah berjanji untuk memastikan eksport bijirin Ukraine adalah selamat melalui pelabuhan di Laut Hitam yang kini dikawal oleh Rusia.

Pada Jumaat lalu, gandum didagangkan pada harga AS$10.40 (RM45.67) bagi setiap 27.2 kilogram, menurut data daripada Lembaga Perdagangan Chicago.

Harga itu adalah harga terendah sejak 7 April lepas apabila ia direkodkan pada AS$10.20 (RM44.79) bagi setiap 27.2 kilogram dan penurunan 10 peratus daripada harga puncaknya pada pertengahan Mei lalu.

Harga jagung untuk makanan haiwan juga jatuh kepada AS$7.27 (RM31.92) bagi setiap 27.2 kilogram.

Harga bijirin meningkat bulan lalu berikutan kebimbangan bahawa operasi ketenteraan Rusia akan menghalang eksport bijirin Ukraine.

Moscow telah berulang kali menyatakan bahawa ia tidak boleh dipersalahkan berikutan harga bijirin meningkat.

Sebelum ini kapal-kapal yang membawa bijirin Ukraine tidak dapat meninggalkan pelabuhan kerana periuk api yang diletakkan oleh tentera Ukraine. - Agensi