Wasiyyah lancar promosi jemaah haji

Wasiyyah Shoppe Berhad mengumumkan pelancaran promosi khas untuk bakal jemaah haji 2022 bermula dari 26 Mei sehingga 25 Jun ini. Gambar kecil: Ariffin
Wasiyyah Shoppe Berhad mengumumkan pelancaran promosi khas untuk bakal jemaah haji 2022 bermula dari 26 Mei sehingga 25 Jun ini. Gambar kecil: Ariffin
A
A
A

SHAH ALAM - Wasiyyah Shoppe Berhad, syarikat amanah patuh Syariah terbesar di Malaysia mengumumkan pelancaran promosi khas untuk bakal jemaah haji 2022 bermula dari 26 Mei sehingga 25 Jun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ariffin Sabirin, pada setiap tahun kecuali pada 2020 dan 2021, Wasiyyah Shoppe memang akan sentiasa memberikan promosi istimewa untuk bakal Jemaah haji bagi memudahkan mereka merancang harta sebelum berangkat ke tanah suci.

Melalui promosi ini Wasiyyah Shoppe Berhad akan membantu bakal jemaah haji yang ingin merancang harta untuk menyediakan dokumen perancangan harta mereka seperti hibah hartanah yang masih bercagar ataupun tidak, hibah akaun bersama, hibah saham amanah, hibah akaun emas, hibah barang kemas, hibah akaun CDS, pewarisan perniagaan, wasiat Islam satu per tiga dan mana-mana dari 37 jenis perkhidmatan perancangan harta Wasiyyah Shoppe yang lain.

Ariffin turut menekankan keistimewaan utama perkhidmatan Wasiyyah Shoppe kerana ia bersifat holistik dan komprehensif di mana semua keperluan perancangan harta bakal jemaah haji boleh dipenuhi melalui tawaran 37 perkhidmatannya dan tidak memfokus kepada penyediaan wasiat semata-mata.

“Wasiat fungsinya amat terhad dan dalam banyak keadaan tidak membantu secara berkesan mencapai hasrat bakal Jemaah haji.

“Di Wasiyyah Shoppe Berhad kami menyediakan dokumen berdasarkan jenis harta dan dokumen yang bersesuaian secara ‘tailor-made’ untuk mereka,” katanya.

“Selain dari persediaan ibadah dan kesihatan, antara persediaan yang turut perlu disediakan oleh bakal Jemaah haji ialah perancangan harta mengikut kaeadah Syariah.

“Kerana sifat ibadah haji itu sendiri yang musimnya panjang dan bakal Jemaah haji terdedah kepada pelbagai risiko di tanah suci, ramai bakal Jemaah haji yang mengambil tindakan membuat dokumen perancangan harta mereka sebelum berlepas ke tanah suci,” Tambahnya.

Melalui promosi yang dilancarkan, bakal jemaah haji akan menikmati diskaun sehingga 20 peratus dan lebih istimewa, dokumen mereka dijamin akan disediakan di dalam tempoh selewat-lewatnya tujuh hari bagi memastikan bakal jemaah haji sempat melaksana dan menandatangani dokumen-dokumen berkenaan sebelum mereka berangkat ke tanah suci.

Sejak penubuhannya pada 2004 sehingga ke hari ini, Wasiyyah Shoppe Berhad secara konsisten membantu lebih dari 15,000 jemaah haji menyediakan dokumen perancangan harta secara mereka.

“Dalam pengalaman 18 tahun operasi Wasiyyah Shoppe Berhad, memang kami dapati bakal jemaah haji akan tercari-cari perkhidmatan kami pada musim sebegini.

“Segala keperluan logistik bagi memenuhi permintaan yang dijangka melonjak dengan signifikan telah kami sediakan dan Insya-Allah bakal jemaah haji boleh menghubungi mana-mana daripada 3,000 daei berdaftar kami di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan perkhidmatan ini,” ulas Ariffin.