LIMA '19: Peluang terbaik ATM nilai keupayaan'

Foto Bernama
Foto Bernama
A
A
A

LANGKAWI - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa 2019 (LIMA '19) memberi peluang kepada Malaysia dan khususnya Angkatan Tentera (ATM) untuk menilai dan memilih aset pertahanan yang sesuai dengan keperluan pertahanan negara.

Selain itu LIMA juga merintis peluang kepada pemain industri pertahanan tempatan untuk menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat antarabangsa, titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian sempena lawatan baginda ke LIMA '19 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, hari ini.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Baginda berdua mengambil masa lebih dua jam melawat ruang pameran di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan kemudian menyaksikan pertunjukkan udara oleh negara peserta.

Tuanku Syed Faizuddin turut menyentuh relevanisasi LIMA '19 seperti pertunjukkan (show-case) aset-aset dan peralatan tentera termoden dan terkini antaranya senjata ‘state-of-the-art,' sistem-sistem persenjataan, pelbagai jenis kapal terbang dan kapal laut, Unmanned Aerial Vehicles (UAV), drones, sistem kommunikasi masakini dan pelbagai jenis kenderaan tentera.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah LIMA '19 juga menjadi landasan terbaik untuk mempromosi keindahan negara khususnya Kedah dan Perlis. - Bernama

Artikel Berkaitan: