X

Kindly register in order to view this article
!

'Ada kemungkinan gangguan makhluk halus'

Gambar kecil, Mohamad Najib Mat Lazim.
A
A

IPOH - Pusat Rawatan Darussyifa' Perak menyarankan supaya operasi pencarian Mohammad Ashraf Hassan, 29, peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak Sabtu lalu diteruskan menggunakan khidmat pasukan penyelamat dan perubatan Islam.

Pengarah Darussyifa' Perak, Mohamad Najib Mat Lazim berkata, merujuk kepada tempoh kehilangan yang sudah masuk hari keenam dan persekitaran lokasi mangsa disyaki hilang, ada kemungkinan kes itu berkait rapat dengan gangguan makhluk halus.

"Ini tidak mustahil berlaku kerana sebelum ini pun, sudah ada kes hilang dalam hutan akhirnya ditemui dan berada dalam keadaan seperti itu.

"Jadi ada baiknya teruskan dengan kedua-dua cara ini, jangan berhenti. Moga dengan cara itu mangsa dapat ditemukan segera dan selamat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, antara amalan yang boleh dipraktikkan adalah seperti membaca surah Yassin, bacaan ruqyah dan solat hajat.

"Ahli keluarga paling penting terutama ibu, sebab daripada apa yang kita pelajari, doa seorang ibu ini tiada hijab.

"Jika nak berdoa dan solat di lokasi mangsa hilang juga boleh kerana itu amalan biasa kita lakukan dalam berikhtiar menyelamatkan mangsa hilang," katanya.

Mohamad Najib berkata, makhluk halus bukanlah satu kepercayaan tetapi diyakini wujud terutama di tempat-tempat lapang yang ditinggalkan seperti hutan dan di atas bukit.

"Dalam masyarakat Islam, bacaan ayat-ayat suci al-Quran adalah cara terbaik bagi menghindari makhluk halus ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kami masih berharap Asyraf dijumpai dengan selamat...'


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus