Wanita panjat telaga selepas isi air

Seorang wanita memanjat dinding sebuah telaga di negeri Madhya Pradesh baru-baru ini. - Foto Twitter/Vishmukant
Seorang wanita memanjat dinding sebuah telaga di negeri Madhya Pradesh baru-baru ini. - Foto Twitter/Vishmukant
A
A
A

NEW DELHI - Satu rakaman video menunjukkan beberapa wanita mendaki sebuah perigi untuk mengambil air di negeri Madhya Pradesh menjadi viral di India baru-baru ini.

Dalam video itu, seorang wanita tersebut berbuat demikian setelah membantu mengisi air ke dalam timba pada kedalaman kira-kira 9.14 meter.

Perigi itu pula mengalami kekeringan air akibat cuaca yang terlalu panas sehingga mencatatkan suhu melebihi 40 darjah Celcius.

Penduduk kampung Dheemartola yang terletak di daerah Dindori, negeri tersebut mempertaruhkan nyawa mereka dalam usaha untuk sampai ke pangkal telaga yang hampir kering.

Bekas-bekas air buatan tanah liat kemudian diisi dengan air oleh wanita-wanita tersebut sebelum ia ditarik oleh orang lain dengan menggunakan tali dari bahagian bawah telaga ke permukaan atas perigi itu.

Wanita-wanita tersebut kemudian memanjat dinding perigi dengan mudah sehingga ke bahagian atas telaga itu.

Menurut laporan, kampung itu mempunyai tiga telaga, dua daripadanya telah kering sepenuhnya dan satu lagi terdapat air dalam jumlah yang sedikit.

Rudiya Bai iaitu seorang wanita di kampung itu memberitahu ANI bahawa penduduk kampung juga memanjat telaga pada tengah malam untuk mendapatkan air. - Agensi