Pendedahan teknologi baharu galak belia terlibat pertanian

Peserta Program Benchmarking Agropreneur Muda FAMA tahun 2022 meneliti produk termasuk tanaman komersial seperti sayur-sayuran serta buah-buahan di Thailand
Peserta Program Benchmarking Agropreneur Muda FAMA tahun 2022 meneliti produk termasuk tanaman komersial seperti sayur-sayuran serta buah-buahan di Thailand
A
A
A

SHAH ALAM - Inisiatif Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) iaitu Program Benchmarking Agropreneur Muda FAMA 2022 menggalakkan penglibatan golongan anak muda dan belia dalam sektor pertanian serta industri asas tani melalui perkongsian serta pemindahan teknologi baharu.

FAMA berkata, program yang diadakan di Thailand itu dapat membuka peluang untuk berkongsi dengan kumpulan sasar sekali gus memberikan pendedahan berhubung teknologi terkini melalui Program Agropreneur Muda seluruh Malaysia pada masa hadapan.

“Program ini juga adalah sebagai persediaan rebranding Program Agropreneur Muda di bawah FAMA.

“Pelaksanaan program ini adalah melalui sub program peningkatan kompetensi modal insan.

“Peningkatan kompetensi bagi modal insan yang terlibat di sebalik Program Agropreneur Muda adalah penting sebagai asas terhadap kemampanan program berkonsepkan berorientasikan perniagaan bagi meningkatkan daya saing serta kerelevanan program dalam mendukung aspirasi Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0),” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Peserta Program Benchmarking Agropreneur Muda FAMA 2022 bergambar bersama pegawai FAMA di Thailand
Peserta Program Benchmarking Agropreneur Muda FAMA 2022 bergambar bersama pegawai FAMA di Thailand

Menurut kenyataan tersebut, pegawai FAMA telah dibawa melawat ke Bang Nampheung Floating Market sepanjang program berkenaan.

“Selain itu juga, peserta dibawa ke pusat agropelancongan seperti di Handicraft Ban Joss-Aroma Community Enterprise, Thai Tawi Pomelo Farm dan Deaw Bampeaw Coconut Farm.

Artikel Berkaitan:

“Peserta juga dibawa ke Civic Agrotech, kunjungan hormat ke Pejabat Jabatan Pengembangan Pertanian (Department of Agricultural Extension Office) dan ke Organisasi Pemasaran untuk Peladang atau Pasar Or Tor Kor yang terkenal seluruh Bangkok.

“Pasar tersebut dikenali sebagai pasar kelas atasan kerana pengunjung boleh mendapatkan pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan dengan kualiti yang terbaik,” menurut kenyataan berkenaan.