249 buah bot Vietnam bernilai RM373 juta dilupuskan

Maritim Malaysia Kelantan telah melupuskan sebanyak 249 bot nelayan asing Vietnam bernilai RM373 juta yang telah dilucut hak oleh mahkamah sejak tahun 2007 lalu.
Maritim Malaysia Kelantan telah melupuskan sebanyak 249 bot nelayan asing Vietnam bernilai RM373 juta yang telah dilucut hak oleh mahkamah sejak tahun 2007 lalu.
A
A
A

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan telah melupuskan sebanyak 249 bot nelayan asing Vietnam bernilai RM373 juta yang telah dilucut hak oleh mahkamah sejak tahun 2007 lalu.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, kesemua bot-bot tersebut dirampas menerusi Op Damai dan Op Kuda Laut.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 186 telah ditenggelamkan sebagai tukun tiruan di sekitar perairan Kelantan. Bakinya dilupuskan secara musnah pecah, bakar atau hadiah berpandukan kepada

keadaan bot," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurutnya, pelupusan bot dengan menjadikan ia sebagai tukun tiruan merupakan manifestasi ketegasan Maritim Malaysia Kelantan dalam mengekang pencerobohan nelayan asing.

Beliau berkata, inisiatif tersebut mampu menggalakkan pertumbuhan biodiversiti marin yang menjadi penyumbang manfaat kepada komuniti golongan nelayan pesisir pantai.

Syed Nor Adli berkata, pada Khamis pihaknya telah melupuskan tiga buat bot Vietnam yang dilucut hak oleh mahkamah pada jarak 5.2 batu nautika daripada muara Kuala Besar, Kota Bharu.

"Proses penenggelaman bot sebagai tukun tiruan ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT) dan Jabatan Perikanan Malaysia.

"Kami akan sentiasa berusaha memastikan perairan negeri ini sentiasa selamat kepada komuniti maritim," katanya.