Sindiket seludup diesel RM5.5 juta tumpas

Tujuh lelaki warga tempatan termasuk empat warga asing ditahan dalam serbuan di kawasan tepi jalan berhampiran hutan Kampung Kampung Belungkor pada malam Rabu.
Tujuh lelaki warga tempatan termasuk empat warga asing ditahan dalam serbuan di kawasan tepi jalan berhampiran hutan Kampung Kampung Belungkor pada malam Rabu.
A
A
A

KOTA TINGGI - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menumpaskan satu sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di kawasan tepi jalan berhampiran hutan Kampung Kampung Belungkor di sini pada malam Rabu.

Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah berkata, serbuan menerusi Op Kontraban itu dilakukan pada jam 8.30 malam semasa beberapa lelaki sedang leka melakukan pemindahan minyak dari lori ke dalam bot.

Menurutnya, seramai tujuh lelaki warga tempatan termasuk empat warga asing berusia dalam lingkungan umur 30 hingga 55 tahun ditahan.

"Dalam operasi itu, pihaknya merampas 200,000 liter minyak diesel bersubsidi bernilai kira-kira RM430,000, sebuah bot yang telah diubah suai, tiga buah lori, lima tangki dan lima unit pam dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5.505 juta.

"Hasil soal siasat mendapati minyak diesel itu akan dijual keluar negara dengan harga yang lebih tinggi dari pasaran tempatan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Muhd Zailani berkata, kesemua yang ditahan gagal mengemukakan sebarang dokumen sama ada memiliki, menyimpan dan membawa barang kawalan tersebut.

Katanya, semua barang rampasan dan suspek diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.