BTS adakan lawatan ke Rumah Putih

Kumpulan BTS
Kumpulan BTS
A
A
A

WASHINGTON - Kumpulan popular Korea Selatan, BTS pada Selasa mengadakan lawatan ke Rumah Putih dan bertemu Presiden Joe Biden.

Selain itu, BTS turut menyertai Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karine Jean-Pierre dalam taklimat media harian sebelum bertemu presiden, lapor Agensi Berita Yonhap.

"Adalah satu penghormatan untuk dipelawa ke Rumah Putih hari ini bagi membincangkan pelbagai isu antaranya berkaitan jenayah kebencian anti-Asia serta kesaksamaan dan kepelbagaian," kata ahli kumpulan itu, RM.

RM dan enam anggota kumpulan itu tiba di sini awal minggu ini.

Rumah Putih memaklumkan BTS menjadi platform untuk "menyebarkan mesej positif ke seluruh dunia."

Kunjungan itu menerima sambutan meriah, dengan ratusan peminat BTS berkumpul di luar perkarangan Rumah Putih.

Akaun Twitter rasmi Biden turut memuat naik klip video mengenai pertemuan itu. - Bernama