‘Masyarakat Cina kembali sokong BN’

Vigneswaran ketika hadir pada Konvensyen Barisan Nasional ke 48 yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Rabu.
Vigneswaran ketika hadir pada Konvensyen Barisan Nasional ke 48 yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - MCA menyifatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor menunjukkan trend sokongan masyarakat Cina kembali menyokong Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, semasa PRN di Melaka, gabungan itu memenangi 21 daripada 28 kerusi, manakala di Johor menang 40 daripada 56 kerusi.

“Kita banyak menang di Pusat Daerah Mengundi (PDM) majoriti Cina, di mana pada Pilihan Raya Umum (PRU14) lalu kita tewas.

“Terima kasih dan tahniah kepada (Pengerusi UMNO Johor) Datuk Seri Hasni Mohammad,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Konvensyen BN ke-48 yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Rabu

Ka Siong yang juga Menteri Pengangkutan berkata, MCA akan terus kekal sebagai sebuah parti moderat, progresif dan relevan.

“Menawarkan sesuatu yang lebih baik kepada pengundi dengan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat tanpa mengira agama, kaum dan latar belakang,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, MCA turut menyambut baik dan menyokong penuh usul UMNO yang menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ikon dan terus menerajui negara sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang sekiranya diberi mandat rakyat.

“Kepimpinan Perdana Menteri yang menggarap nilai-nilai murni dalam semangat Keluarga Malaysia adalah sesuatu yang baik untuk negara yang didiami masyarakat majmuk seperti Malaysia,” katanya.