Nikmati McDonald’s tanpa keraguan, diiktiraf Halal oleh Jakim

Kru McDonald’s sentiasa mementingkan kebersihan.
Kru McDonald’s sentiasa mementingkan kebersihan.
A
A
A

Meluangkan masa dan menjamu selera di McDonald’s telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup terkini.

Pasti tidak ramai yang akan menolak jika dipelawa untuk menikmati keenakan ayam goreng yang rangup dan berjus serta aneka jenis burger untuk memenuhi pelbagai cita rasa.

Hidangan di restoran McDonald’s sememangnya tidak pernah mengecewakan, ini adalah satu kenyataan.

Malah hidangan McDonald’s sentiasa mampu menambat hati dan memenuhi kehendak setiap lapisan usia.

Sehubungan itu, McDonald’s Malaysia amat menitikberatkan pematuhan halal, begitu juga dengan kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan yang dihidangkan kepada setiap pelanggan.

Komitmen berterusan McDonald’s Malaysia di dalam mematuhi keperluan halal dapat dilihat dalam Polisi Halal McDonald’s iaitu:

No Image Caption

“McDonald’s Malaysia berpegang teguh kepada prinsip halal dengan memastikan setiap hidangan yang disajikan menepati syarat dan tuntutan yang ditetapkan di dalam Manual Pensijilan Halal Malaysia demi menyempurnakan amanah pelanggan untuk memastikan hidangan yang disajikan halal dan berkualiti.”

Pada 2013, McDonald’s Malaysia telah membangunkan Sistem Jaminan Halal bagi memastikan rantaian halal dari ladang hingga ke meja hidangan pelanggan tidak terputus.

Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia turut dibantu oleh dua penasihat syariah bebas yang dilantik bagi memastikan keberkesanan Sistem Jaminan Halal Syarikat.

Audit Halal Dalaman juga dilakukan di restoran bagi membantu pihak syarikat mengenal pasti jurang antara pelaksanaan dan SOP bertulis untuk proses penambahbaikan Sistem Jaminan Halal yang sedia ada.

Kawalan Kualiti Bahan Mentah

Daging lembu untuk burger McDonald’s dibekal dari Australia dan New Zealand yang disahkan Halal oleh pihak Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.
Daging lembu untuk burger McDonald’s dibekal dari Australia dan New Zealand yang disahkan Halal oleh pihak Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

McDonald’s Malaysia hanya berurusan dengan pembekal-pembekal yang mempunyai sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ataupun daripada Badan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh pihak Jakim.

Bagi setiap penambahan menu baru, McDonald’s akan mendapat pengesahan Jakim supaya mematuhi keperluan Pensijilan Halal Jakim.

Untuk memastikan kualiti ayam yang digunakan oleh McDonald’s Malaysia sentiasa dipelihara, setiap pembekal perlu melalui audit terperinci untuk menghasilkan ayam yang sihat, diberikan cukup makanan dan berkualiti.

Daging lembu untuk burger McDonald’s yang menjadi kegemaran ramai, dibekal oleh pembekal dari Australia dan New Zealand yang disahkan Halal oleh pihak Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

Kamal Affandi ketika program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Kartel Jenazah, Sampai Bila?’ yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
Kamal Affandi ketika program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Kartel Jenazah, Sampai Bila?’ yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Bagi memastikan rantaian proses halal tidak terputus, McDonald’s Malaysia mengamalkan konsep pembelian berpusat di mana semua pembekal akan menghantar bekalan ke gudang dan pihak gudang akan menghantar ke semua restoran di seluruh Malaysia.

Bahan mentah yang dihantar ke restoran McDonald’s dan makanan yang disediakan adalah mengikut tempahan semasa agar semua makanan yang disediakan adalah segar dan untuk meminimumkan pembaziran.

Keselamatan Makanan Terjamin

Status halal bukan sahaja terpakai kepada bahan mentah atau makanan, malahan ia turut melibatkan kebersihan premis dan kakitangan.

Semua ahli kru restoran juga telah lengkap divaksin dan juga di setiap dapur restoran McDonald’s mempunyai sekurang-kurangnya dua orang pekerja Muslim untuk memenuhi piawaian pensijilan Halal.

Kesimpulannya, McDonald’s Malaysia mempunyai Sistem Jaminan Halal yang menyeluruh, merangkumi sumber bahan yang halal, sistem penghantaran, sistem kebersihan, kualiti dan juga keselamatan makanan.

Ini adalah sebahagian daripada komitmen utama McDonald’s Malaysia untuk menghidangkan makanan yang halal, sedap dan berkualiti untuk semua lapisan masyarakat di Malaysia.

Kebersihan restoran dan kawasan dapur menjadi keutamaan ahli kru di semua restoran McDonald’s Malaysia.
Kebersihan restoran dan kawasan dapur menjadi keutamaan ahli kru di semua restoran McDonald’s Malaysia.

Yang perlu anda tahu tentang McDonald’s:

• Antara Restoran Khidmat Segera pertama di Malaysia diiktiraf Halal oleh Jakim.

• Semua hidangan McDonald’s Malaysia dijamin Halal.

• McDonald’s Malaysia membina Sistem Jaminan Halal pada tahun 2013.

• Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia melantik 2 penasihat syariah bebas.

• Pembekal dalam negara mestilah yang disahkan sijil Halal daripada Jakim.

• Pembekal luar negara mestilah yang disahkan sijil Halal daripada Badan Halal Luar Negara yang diiktiraf Jakim.

• Pembekal ayam perlu melalui audit terperinci seperti Bio Security, kebajikan, kualiti haiwan hinggalah urusan penyembelihan.

• Semua pembekal daging lembu dari Australia dan New Zealand disahkan Halal oleh Jakim.

• Sistem penyejukan khusus ditetapkan antara -18 hingga -23°C untuk mengekalkan kualiti dan kesegaran