Tular video exco 'bergaduh'

 Video perang mulut antara Norhizam dan seorang pengayuh beca yang tular di laman sosial sejak malam tadi.
Video perang mulut antara Norhizam dan seorang pengayuh beca yang tular di laman sosial sejak malam tadi.
A
A
A
MELAKA TENGAH - Tular di laman sosial mengenai sebuah video seorang exco kerajaan negeri, di sini, yang 'berperang mulut' dengan seorang individu yang di pekarangan Menara Taming Sari sejak malam tadi.

Video berdurasi 1.34 minit itu memaparkan Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Industri Asas Tani dan Koperasi, Norhizam Hasan Baktee berada di kawasan berkenaan bagi berbincang mengenai permasalahan yang dihadapi beberapa peniaga di kawasan Menara Taming Sari lebih kurang jam 7 malam.

"Pada pertemuan dan perbincangan itu, saya turut mencadangkan agar pengayuh beca dapat menghadiri kursus jangka pendek bagi menambah baik perkhidmatan bagi memberikan pendidikan sejarah negeri ini dan Malaysia kepada pelancong kelak.

"Bagaimanapun secara tiba-tiba individu itu yang dipercayai seorang pengayuh beca telah membuat provokasi dan merakamkan percakapan saya, kemudian ditularkan sebahagian sahaja video tersebut dalam laman sosial," katanya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Hilir.

Tambahnya, video terbabit tidak memaparkan keseluruhan situasi yang sebenar, sehinggakan telah memberi persepsi yang negatif terhadap dirinya sedangkan beliau tidak pernah sama sekali merendahkan golongan pengayuh beca negeri ini.
Artikel Berkaitan:


"Saya yakin video itu sengaja ditularkan dengan niat jahat untuk memfitnah serta membuat tomahan ke atas diri saya selain bertujuan untuk menjatuhkan maruah, integriti dan menggugat kerja saya sebagai penjawat awam dan juga sebagai exco," katanya.