Polis tumpaskan 6 siri pertaruhan lumba haram

JSPT komited membanteras aktiviti lumba haram. Gambar kecil: Mat Kasim
JSPT komited membanteras aktiviti lumba haram. Gambar kecil: Mat Kasim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan enam siri pertaruhan perlumbaan haram melibatkan nilai RM214,800 sejak 2018 hingga 2021.

Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, tangkapan di Lebuhraya PLUS (Changkat-Jering) melibatkan wang pertaruhan sebanyak RM165,000 pada 2018.

"Tangkapan di Lebuhraya Grand Saga melibatkan wang pertaruhan sebanyak RM2,000 pada 2019, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) melibatkan wang pertaruhan sebanyak RM38,000 pada 2020.

"Tangkapan di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) pula melibatkan wang pertaruhan sebanyak RM800 pada 2020, pada tahun yang sama di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melibatkan wang pertaruhan sebanyak RM4,000 dan tangkapan terakhir di Lebuhraya Shahpadu melibatkan wang pertaruhan sebanyak RM5,000," katanya dalam kenyataan pada Selasa.