Pihak lakukan penyelewengan akan diambil tindakan: Ka Siong

Wartawan Sinar Harian, Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid menjadi wakil bagi menerima sijil penghargaan dan plak daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong atas sinergi dan liputan program JPJ di Putrajaya pada Selasa.
Wartawan Sinar Harian, Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid menjadi wakil bagi menerima sijil penghargaan dan plak daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong atas sinergi dan liputan program JPJ di Putrajaya pada Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA - Mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan penyelewengan seperti projek pengangkutan akan diambil tindakan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata, pihak yang berwajib seharusnya membuat aduan sekiranya mereka mendapati terdapat sesuatu yang tidak kena mengenai projek terbabit seperti laluan rel.

“Jadi, biarlah pihak berkuasa siasat. Saya rasa kita utamakan tadbir urus yang baik, kita tidak ada masalah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya dan Apresiasi 76 Tahun Jabatan Pengangkutan (JPJ) di sini pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim.

Dalam majlis ini, media tempatan turut menerima sijil penghargaan dan plak daripada Ka Siong di atas sinergi dan liputan program JPJ.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa pihak berkuasa Perancis sedang menyiasat dakwaan serius penipuan dan rasuah melibatkan projek Klang Valley Mass Rapid Transport (KVMRT).

Skandal itu didakwa melibatkan projek MRT2 bernilai kira-kira RM692 juta dengan tumpuan siasatan kepada sebuah syarikat di Malaysia dikaitkan dengan sebuah konglomerat Perancis yang terkenal dengan kes penipuan kerana memalsukan ujian keselamatan dan kualiti dijalankannya.

Wartawan Sinar Harian, Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid; Pengurus Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim menunjukkan sijil penghargaan dan plak yang diterima pada Selasa.
Wartawan Sinar Harian, Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid; Pengurus Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim menunjukkan sijil penghargaan dan plak yang diterima pada Selasa.

Mengulas lanjut, Ka Siong turut menggesa agar orang ramai untuk tidak membuat sebarang andaian tentang perkara ini.

“Jangan kita membuat sebarang andaian selagi perkara ini belum lagi kita tahu apa punca sebenar. Yang penting MRT sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip ketelusan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ka Siong turut mengulas mengenai lima laporan diterima polis berkaitan aktiviti tonto yang menjadi pemberi maklumat bagi menggagalkan tugas penguatkuasaan JPJ bagi tempoh Januari lalu hingga bulan ini.

Menurutnya, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah masyarakat yang bertamadun.

“Kerana zaman gangsterisme sudah tak ada. Kita kena berpegang kepada lunas undang-undang,” ujarnya.

Tegasnya, JPJ juga tidak gentar dengan aktiviti yang dilakukan oleh tonto ini.

“Kita tidak gentar dengan tekanan ini. Saya yakin JPJ tidak berseorangan. Kita ada pihak polis bersama dengan kita.

“Disebabkan itu penguatkuasaan undang-undang Akta Pengangkutan Jalan 1987 bukan semata-mata terletak di bahu JPJ semata-mata.

“Kita boleh bersandarkan kepada pihak berkuasa yang telah diturunkan kuasa termasuk polis,” jelasnya.